Thursday, August 22, 2013

SAMBUTAN HARI RAYA PERINGKAT SEKOLAH


Tarikh:   24 Ogos 2013
Masa :    10-11 pagi       ( sesi pagi)
                3-4 petang     (sesi petang)
Tempat: Kantin Sekolah

Semua warga SMKBTR & AJK PIBG dijemput hadir
Pakaian rasmi.





Friday, August 2, 2013

CUTI SEMPENA HARI RAYA

Cuti sekolah sempena Hari Raya Aidil Fitri bermula

3/8/2013 hingga 18/8/2013.

Pihak Sekolah Mengucapkan :-


SELAMAT PULANG KE KAMPUNG HALAMAN
DAN
BERHATI-HATI DI JALAN RAYA...





Monday, July 15, 2013

KEMASKINI DATA E-OPERASI


PENGEMASKINIAN DATA E-OPERASI BAGI SEMUA GURU DAN STAF TELAH DIBUKA PADA 15 HINGGA 25 JULAI 2013



MOHON SEMUA GURU DAN STAF DAPAT MENGEMASKINI DATA MASING-MASING SELEWAT-LEWATNYA 
25 JULAI 2013
HARAP MAKLUM.




Sunday, July 14, 2013

PELANCARAN MINGGU PUSAT SUMBER SEKOLAH SESI PETANG.

Pelancaran Minggu Pusat Sumber Sekolah telah diadakan pada hari Isnin 8 Julai 2013.

Pn. Nor Azihan sebagai pengacara majlis.




 Perasmian oleh PK Petang, Pn. Uziah



*** Jurugambar: Pn Mazinah bt Abdullah Tahir.

Monday, July 8, 2013

PROMOSI MINGGU PUSAT SUMBER SEKOLAH

SMK BANDAR TUN RAZAK
MINGGU PUSAT SUMBER 2013
8 JULAI 2013 – 12 JULAI 2013

TEMA  :  MEMBACA MEMBINA BANGSA BESTARI


Aktiviti/Pertandingan yang akan dijalankan.

1.      Kuiz (pelajar sesi pagi &petang)
Borang kuiz boleh didapati di P.Sumber dengan harga 10 sen shj sekeping. Anda boleh beli seberapa banyak yang anda mahu.Sesiapa yang berminat bolehlah mencuba!!!!!

Sila berurusan dengan :
Guru   : Pn Ruslida
AJK    : Hidayatul Husna Bermula 8 Julai hingga 11 Julai 2013
Tempat: P.Sumber
 
2 Teka Bilangan Muka Surat Buku dan Bilangan CD(pelajar sesi pagi &petang)
Dapatkan borang teka bilangan muka surat buku dan bilangan cd drp AJK P. Sumber di P. Sumber...belek buku/cd dan teka...senang bukan???? Sesiapa yang meneka dengan tepat atau hampir tepat akan menjadi pemenang!

Sila berurusan dengan :
Guru   : Pn Ruslida
AJK    : Shahirah Muttaza 8 Julai hingga 12 Julai 2013
Tempat: P.Sumber  

3 Pengunjung Bertuah(semua pelajar &guru)
Datanglah ke P. Sumber beramai-ramai...sebelum keluar, isi borang dan masukkan borang ke dalam bekas yg disediakan...cabutan bertuah akan diadakan semasa hari penutup Minggu P. Sumber.

Sila berurusan dengan :
Guru   : Pn Mazinah &Pn Alawiyah
AJK    : Shahirah Muttaza 8 Julai hingga 12 Julai 2013
Tempat: P.Sumber  

4 Key-Ton(terhad : pelajar sesi pagi sahaja)
Pertandingan menguji daya ingatan anda...akan diadakan di P. Sumber. Siapa yang paling cepat beri nama dia layak menyertai kerana bilangannya terhad.....

Sila berurusan dengan :
Guru   : Cik Shahida
AJK    : Aqidah 4 Julai 2013
2.30 petang
Tempat: P.Sumber  


5 Tayangan CD (pelajar sesi petang)
Ingin menonton cerita2 menarik dan terbaru ? Anda bolehlah masuk ke bilik tayangan/multimedia dengan bayaran sebanyak RM1 seorang shj!

Guru   : Cik Shahida
AJK    : Syabil &Media 3 dan 4 Julai 2013
9 Julai 2013
10.00 pg – 12.00 tgh
Tempat:bilik tayangan/ multimedia  


6 Pertandingan Melukis Poster (pelajar sesi petang)
Tema   :  Membaca Membina Bangsa Bestari
Anda minat melukis ? Jika minat, sertailah pertandingan melukis poster ini. Jangan sia-siakan bakat anda..mana tahu anda boleh menang..

Sila berurusan dengan :
Guru   : En Abd Rahman
AJK    : Faiq &Shamirul
9 Julai 2013 Tempat: dewan

 
7 Jejak Maklumat (terhad : pelajar sesi pagi sahaja)

Dijalankan secara berkumpulan – 4 0rang 1 kumpulan.
Bayaran sebanyak RM2 dikenakan untuk 1 kumpulan.
Kumpulan yang mendaftar awal akan dipilih..Jadi tunggu apa lagi...

Sila berurusan dengan :
Guru   : En Rizal &Pn Zurina
AJK    : Hanisah
Sekitar kawasan sekolah
selepas sesi persekolahan  


8 Jualan Amal Kami akan mengadakan jualan amal iaitu menjual penanda buku/book mark dengan harga yang murah dan berpatutan. Anda boleh membantu menambah dana PSS dan juga mendapat ilmu dengan membeli daripada kami.
Harga : RM1

Sila berurusan dengan :
Guru   : Pn Ruslida &Pn Nor Azihan
AJK    : Juliana/Fadiah 8 Julai – 12 Julai 2013
Tempat: P.Sumber  


9 Pertandingan Sudut Bacaan Kelas
Lengkapilah sudut-sudut bacaan kelas anda dengan bahan-bahan ilmiah...hias supaya kemas dan menarik...sekurang-kurangnya semasa Minggu P. Sumber atau lebih baik sepanjang tahun...

Guru   : Pn Nor Azihan &Pn Mazinah 8 Julai – 12 Julai 2013  
10 Jualan Buku/Majalah Dapatkan buku-buku rujukan/majalah dari meja jualan di dewan SMKBTR..Sediakan wang yang secukupnya kerana jualan hanya dibuka sehari sahaja 10 Julai 2013


BERSAMA-SAMALAH MEMERIAHKAN MINGGU PUSAT SUMBER

HADIAH-HADIAH MENANTI PARA PEMENANG....JADI JANGAN LEPASKAN PELUANG INI

 

PAMERAN DAN JUALAN BUKU SEMPENA MINGGU PUSAT SUMBER SEKOLAH.

Pameran dan jualan buku sempena Minggu Pusat Sumber telah diadakan selama 2 hari iaitu pada 4 Julai hingga 5 Julai 2013. Pelbagai jenis buku yang dijual dengan kadar diskaun yang menarik.










*** Jurugambar: Pn Mazinah bt Abdullah Tahir.

Monday, July 1, 2013

PROGRAM PRAKTIKAL HAJI 2013







Program ini terbuka kepada pelajar-pelajar tingkatan 4 dan 5.

KEM PEMANTAPAN SOLAT 2013

Alhamdulillah kem ini telah berjaya diadakan dengan jayanya. Tahniah diucapkan kepada para peserta.




Wednesday, June 26, 2013

PENDAFTARAN KEAHLIAN PERPUSTAKAAN NEGARA.

Pendaftaran untuk menjadi ahli Perpustakaan Negara Kuala Lumpur telah dijalankan di dewan SMK Bandar Tun Razak pada hari Rabu 26 Jun 2013 jam 9 pagi hingga 12 tengahari. Sambutan yang diterima sangat menggalakkan.......

                                                                  



 



Monday, June 24, 2013

KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS PUSAT SUMBER.

Kursus ini dijalankan sekitar bulan April 2013 melibatkan semua Pengawas Pusat Sumber.




Saturday, June 22, 2013

PUSAT SUMBER SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR TUN RAZAK


PINTU MASUK UTAMA KE PUSAT SUMBER SEKOLAH SMKBTR

PERATURAN PUSAT SUMBER


KEMUDAHAN-KEMUDAHAN DI PUSAT SUMBER










Sunday, June 16, 2013

Kem Pemantapan Solat 2013

Kepada semua peserta Kem Pemantapan Solat jangan lupa  temujanji anda!


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR TUN RAZAK
56000 CHERAS KUALA LUMPUR
                                                                                                                            Telefon: 03-91314375

Tarikh: 10 Jun 2013

 Kepada
 Ibubapa/Penjaga Pelajar Tingkatan 1 dan 2

 Melalui,
 Pengetua
 SMK Bandar Tun Razak
 56000 Cheras
 Kuala Lumpur

Tuan/Puan,
PROGRAM  PEMANTAPAN SOLAT

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.  Untuk makluman tuan, pihak sekolah akan mengadakan Program Pemantapan Solat anjuran Panitia Pendidikan Islam .Butiran program adalah seperti berikut:

        Tarikh               :   18 Jun 2013(Selasa)
        Tempat              :   Dewan SMK Bandar Tun Razak
        Masa                 :   10.00 pagi-1.00 tengahari

3.  Sehubungan dengan itu, anak tuan telah terpilih untuk mengikuti program yang akan diadakan ini dan pihak sekolah mengharapkan anak tuan dapat hadir bagi menjayakan program tersebut.

4. Kerjasama pihak tuan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian ,terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah

…………………
(UZIAH BINTI MAT SHAH)
Penolong Kanan Petang
b/p Pengetua
SMK Bandar Tun Razak
56000 Kuala Lumpur.

Tuesday, June 11, 2013

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG 2013 (SMK BANDAR TUN RAZAK)

 Salam semua dan Selamat sejahtera....tuan2 dan puan2 dijemput hadir ke KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG KALI  18 (SMK BANDAR TUN RAZAK) :

Tarikh : 14 Jun 2013 bersamaan 5 Syaaban 1434
Tempat : Stadium Mini Sri Permaisuri Cheras
Masa : 7 pagi sehingga 12 tgh

Semua Dijemput hadir bagi memeriahkan lagi majlis!!!!!!!!! datang jangan tak datang tau...