PROFIL SEKOLAH

SEJARAH SMK BANDAR TUN RAZAK KUALA LUMPUR

SMK Bandar Tun Razak mula beroperasi pada 1 Disember 1993. Sekolah ini terletak 20 km dari Pusat Bandaraya Kuala Lumpur.
            Pengetua pertama yang juga merupakan pengasas sekolah ini ialah Puan Limah binti Ahmad. Beliau dibantu oleh 19 orang guru dan 2 orang kakitangan sokongan. Pada awal penubuhannya, terdapat 10 kelas dan 400 orang murid.

            Sekolah ini telah diterajui oleh 7 orang pengetua iaitu Tuan Syed Abu Hassan bin Syed Mohd Nor, Pn. Hajjah Nabun binti Ahmad , Pn. Naemah binti Hassan Nordin dan En. Rosley bin Hitam. Seterusnya, En. Rosli bin Suleiman dan kini diterajui oleh Pn. Shabariah binti Mohd Sidik.
SMK Bandar Tun Razak terdiri daripada 3 blok bangunan dan sebuah bengkel automotif. Sekolah ini juga mempunyai kemudahan infrastruktur yang mencukupi untuk pelajar-pelajarnya. Antara infrastruktur yang ada di sekolah ini ialah perpustakaan, bilik  media, kelas yang mencukupi, padang sekolah, surau, bilik seminar, makmal komputer, makmal sains, Bilik Kaunseling,  kantin, bengkel kemahiran hidup dan bilik-bilik khas mata pelajaran seperti Bilik Bahasa Inggeris, Bilik Sejarah, Bilik Jahitan, Bilik Masakan, Bilik Pengurusan Diri dan Bilik Seni Visual.

Lokasi
                   
Lencana
                                          

Moto
           
‘ BERANI, TEKAD,  RESPONSIF’

Lagu Sekolah
Hidup penuh dengan cabaran
Perlu bijak buat pilihan
Ilmu berguna sebagai panduan
Tidak kesal hari kemudian

Kami semua ada wawasan
Bina diri,  bangsa dan watan
Ilmu dicari jadikan amalan
Martabat bangsa mesti tegakkan

Percayakan tuhan  jadi landasan
Ibu bapa dan keluarga dimuliakan
Nasihat guru tak dipersiakan
Akhlak mulia teras kehidupan

Berjasa tiada batasan
Kecemerlangan jadi ukuran
Budi dan daya diutamakan
Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tun Razak
Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tun Razak